Tabika kemas pkd kota klias
peti surat 169,
89800 beaufort sabah
Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era 1950-an dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep penubuhan tadika atau prasekolah pada asalnya adalah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki ke alam persekolahan di peringkat rendah. Program ini dirancang sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan kedalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6tahun. Perubahan dasar ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysiasentiasa menumpukan usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Selain itu, pendidikan prasekolah juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan menyemai perasaan cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah dikalangan kanak-kanak.
|
|
Location
motivasi diri
HUBUNGI KAMITabika KEMAS [email protected]
|
Subscribe |