teori pembelajaran KONSTRUKTIVISMESecara amnya,istilah konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu(dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.
|
|
|
teori pembelajaran KOGNITIFTeori kognitif ialah menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori seseorang. Ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Teori belajar kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan suatu proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Pada dasarnya belajar adalah suatu proses usaha yang melibatkan aktiviti mental yang terjadi dalam diri manusia sebagai akibat dari proses interaksi aktif dengan lingkungannya untuk memperoleh suatu perubahan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, tingkah laku, ketrampilan dan nilai sikap yang bersifat relatif dan berkesan
|