lawatan pendidikan di balai bomba daerah beaufortSeramai 20 orang kanak-kanak Tabika KEMAS PKD Kota Klias Beaufort telah mengikuti lawatan pendidikan ke Balai Bomba Daerah Beaufort.Semasa berada di sini,kanak-kanak telah diberi penerangan tentang demonstrasi menghadapi kebakaran dan situasi kecemasan.Selain itu,kanak-kanak juga berpeluang menaiki sendiri jentera bomba dan mendapat penerangan serba sedikit tentang peralatan yang digunakan dalam membantu kes kebakaran dan kemalangan.
|
lawatan pendidikan di perpustakaan daerah beaufortPada 25 Oktober 2014 yang lalu,seramai 15 orang kanak-kanak Tabika KEMAS PKD Kota Klias Beaufort telah menyertai lawatan pendidikan ke Perpustakaan Daerah Beaufort.Rombongan ini turut disertai oleh 10 orang ibubapa.Antara pengisian aktiviti yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Perpustakaan ini ialah Ceramah,Pertandingan Mewarna,Bercerita dan Nyanyian.
|
lawatan pendidikan ke green conection kota kinabaluUntuk mendedahkan kanak-kanak dengan dunia luar, maka pada tahun 2015 kali ini AJK Tabika KEMAS PKD Kota Klias telah bersetuju untuk mengadakan lawatan pendidikan di luar kawasan daerah Beaufort.Aktiviti lawatan pendidikan pada kali ini telah dilakukan di Green Conection Kota Kinabalu. Seramai 15 orang kanak-kanak dan 2 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini.Para peserta telah dibawa melawat beberapa hidupan seperti ikan,penyu,ular,siput-siput dan sebagainya.
|